Wednesday, October 8, 2008

Muqaddimah

assalamualaikum, salam perkenalan.
pertama-tama kalinya saya merafa' syukur kehadrah ilahi, kerana dengan izin dan inayahnya saya diberi ruang untuk hidup dan berdikari dengan seadanya. tanpa bantuan dan keizinannya mana mungkin saya dapat berborak dan berbicara bersama anda sekarang. "jika kamu ingin menghitung nikmat Allah terhadap anda nescaya tidak terhitung banyaknya". Justeru, haruslah kita sebagai hambanya, hendaklah sentiasa mematuhi landasan yang digariskan olehNya.

Taqwa??
apa yang kita faham tentang taqwa. kata orang taqwa ialah takut, berwaspada dan seumpamanya. senang cerita, taqwa ialah berhati-hati. umpama orang yang memakai baju yang labuh dan berjalan dalam kawasan duri yang banyak. mahu tak mahu seharusnya dia sentiasa menoleh kebawah takut-takut dicangkut oleh duri pada pakaiannya. begitu juga dengan amalan seharian, seharusnya kita sebagai manusia yang tidak maksum sebagaimana para Nabi pilihan Allah tidak terlepas dari membuat kesilapan. lantas kita seharusnya tidak berpada dengan amalan yang sedikit yang kita lakukan saban hari. mungkin diterima atau tidak langsung, atau berpenat lelah sahaja tanpa upah daripada yang esa. itu yang kita perlu takuti. mengharapkan hujan mencurah disiang hari tetapi tidak menjadi. ketakutan yang paling besar sekali ialah kita mengharapkan balasan syurga di akhirat nanti tetapi lubang neraka yang sedang menanti. justeru bertaqwalah kita kepada Allah dengan sebenar-benarnya.mudah-mudahan kita dirahmati.

No comments: